Sunday, March 27, 2011

Tuesday, October 13, 2009

report e-komuniti

1.0 Pengenalan

‘Putra Learning Management System’ atau dikenali sebagai Putra LMS diperkenalkan pada 2009 di Universiti Putra Malaysia sebagai medium untuk pelajar mendapatkan segala info mengenai akademik dan berbincang mengenai hal-hal yang berkaitan dengan subjek yang diambil pada semester tersebut. Dalam LMS, kita dapat merapatkan hubungan antara pelajar dengan pelajar lain serta pelajar dengan pensyarah. Selain itu, kita juga dapat muat turun segala nota, dan mengetahui segala perkembangan terhadap kelas tersebut. Putra LMS ini lebih kerap digunakan oleh Fakulti Ekologi Manusia dimana pensyarah yang paling kerap menggunakan perkhidmatan LMS ini adalah Dr. Ibrani Shahrimin bin Adam Assim. Pelajar FEM3302 kumpulan 2 lebih menjuruskan pembelajaran secara online kerana ianya mudah untuk para pelajar mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkembangan terhadap subjek tersebut. Namun, terdapat beberapa kebaikan dan keburukan terhadap penggunaan Putra LMS ini.


2.0 Tema

Setelah berbincang bersama-sama dengan ahli kumpulan, kami bersetuju untuk mengambil tema berkenaan penglibatan pelajar UPM dan ahli kumpulan terhadap sistem LMS dan juga sejauh mana komitmen yang mereka berikan. Kami memilih tema ini disebabkan oleh ketidakcenderungan pelajar UPM sendiri untuk mengetahui serba sedikit tentang LMS malah mereka seakan-akan tidak berminat untuk menggunakan sistem ini. Oleh yang demikian, ia telah menjadi satu keperluan bagi kami untuk mengkaji dan menyelidik serba sedikit tentang punca dan sebab utama mengapa mereka tidak berminat untuk menggunakan sistem LMS.

3.0 Syarat-syarat dan peraturan interaksi

Dalam sesuatu interaksi terdapat syarat-syarat dan peraturan yang di perlukan bagi melancarkan sesuatu interaksi atau komunikasi sesama manusia. Antara syarat- syarat yang perlu ada dalam sesuatu interaksi termasuk lah medium utama atau perantaraan untuk berinteraksi seperti komputer dan internet. Selain, itu perlu mewujudkan kumpulan sasaran dalam membentuk satu interaksi yang mewujudkan masyarakat e-komuniti. Disamping itu, pembentukan maklumat ahli juga merupakan salah satu syarat yang mewujudkan masyarakat e-komuniti. Selain itu, ahli di wajibkan mendaftar masuk di dalam lms menggunakan id dan kata kunci sendiri. Topik-topik yang dibincangkan sesama ahli tidak boleh mengandungi unsur-unsur lucah sepanjang interaksi. Ahli juga digalakan menggunakan idea yang berbentuk analitikal iaitu “think out of the box”. Ini akan menggalakan lagi topik perbincangan sesama ahli dan dapat mencapai matlamat ahli kumpulan. Disamping itu juga ahli yang berinteraksi tidak dibenarkan sama sekali meniru idea ahli lain sepanjang topik perbincangan. Semua ahli perlu berinteraksi setiap hari dan memberikan idea-idea yang cukup bernas untuk di bahaskan sesama ahli juga merupakan antara syarat-syarat yang lain dalam proses interaksi Putra LMS ini.

4.0 Kekerapan interaksi dan topik yang dibincangkan

Memandangkan kekerapan interaksi kita bergantung pada internet boleh di simpulkan terdapat sebanyak 40 peratus sahaja kekerapan interaksi sesama ahli. Ini menjejaskan topik perbincangan yang telah diwujudkan. Malahan ini menyebabkan keahlian yang tidak berinteraksi menjejaskan pembentukan e-komuniti itu sendiri. Pada masa yang sama idea yang dibincangkan tidak dapat terus menerus kerana ahli memerlukan masa untuk memikirkan sesuatu idea dan ini menyebabkan kekerapan ahli berinteraksi berkurangan. Semasa berinteraksi kadang kala topik yang dibincangkan juga tidak mencapai matlamat kumpulan itu dan tidak menjawab soalan yang ditetapkan.Ini kerana ahli hanya membincangkan sesuatu topik itu dalam jangka masa yang lama dan lari dari soalan yang sebenar.

5.0 Keaktifan ahli berkomunikasi

Keaktifan ahli berkomunikasi yang hanya dapat di ukur secara kasar iaitu kebanyakan ahli kurang aktif dalam komunikasi ini kerana kebuntuan idea yang diperlukan dalam sesuatu topik perbincangan yang ditetapkan. Kaktifan ahli berkomunikasi sangat memainkan peranan yang penting dalam mencapai sesuatu matlamat kumpulan itu dalam membentuk satu e-komuniti yang berpengetahuan yang luas yang sesuai dengan pembangunan negara sekarang.

6.0 Masalah yang dihadapi dalam membentuk kumpulan e komuniti dan dalam interaksi

Antara masalah yang sering dihadapi dalam membentuk e-komuniti ialah komunikasi yang tidak terus menerus yang di sebabkan oleh gangguan internet iaitu UPM hotspot. Disamping itu juga, topik perbincangan adalah terhad dimana kita hanya boleh berbincang topik yang mudah kerana kita hanya berinteraksi secara vitual sahaja dan bukan bersemuka yang memboleh kan kita membincangkan dengan teliti.

7.0 Pandangan Sebagai 1 Kumpulan Tentang Interaksi Secara Bersemuka dan Secara Online

Pada pandangan saya sebagai ahli kumpulan yang terlibat dalam Putra LMS ini, saya dapat merasakan bahawa penggunaan LMS ini kadangkala baik dan kadangkala tidak baik. Ini kerana, interaksi antara ahli kumpulan lebih mesra jika secara bersemuka tetapi ada baiknya penggunaan LMS ini kerana jika ahli tidak dapat hadir dalam satu perbincangan, kita dapat berinteraksi sesama ahli kumpulan di dalam LMS ini. Jika ahli kumpulan berinteraksi dalam maya, kemungkinan besar semua ahli akan turut terlibat bersama. Untuk berkumpul secara bersemuka, kadangkala ia akan mengambil masa yang lama dan tidak semua ahli akan hadir bersama dalam sesuatu perbincangan itu kerana kadangkala terdapat pertindihan jadual waktu kuliah atauada juga ahli yang tinggal jauh dari tempat perbincangan dan sukar untuk hadir. Dengan menggunakan teknologi canggih seperti LMS ini, kemungkinan besar ia akan memudahkan semua ahli bergabung dan berbincang dengan lebih baik serta menjimatkan masa dan tenaga. Selain itu, kita juga dapat menggunakan LMS ini sebagai alat penghubung antara ahli kumpulan dan ahli kumpulan yang lain. Kita juga dapat berinteraksi dengan pelajar kelas tersebut kerana jika kita berada di kelas, kadangkala kita tidak sempat untuk menegur, tetapi dengan adanya alat penghubung ini kita dapat berinteraksi dengan pelajar lain dengan lebih mesra dan baik. Tetapi malangnya, jika kita menggunakan alat penghubung ini sebagai pengganti untuk kita berinteraksi dengan pelajar lain, kemungkinan besar kemesraan interaksi secara bersemuka akan hilang dan pudar sedikit demi sedikit. Oleh yang demikian, interaksi secara online sangat penting untuk merapatkan hubungan silaturahim, tetapi interaksi secara bersemuka juga penting untuk mengukuhkan lagi sesuatu perhubungan itu.

8.0 Perkaitan Antara e-Komuniti Dengan Pembangunan Lestaris

E-komuniti merupakan suatu komuniti pada zaman komtemporari atau zaman terkini yang melibatkan perkaitan antara manusia dan teknologi maklumat dan ianya dikenali dengan nama komuniti maya. Jika dilihat daripada pembangunan lestari yang mementingkan kemujuan daripada skop yang luas iaitu daripada aspek ekonomi dan kemasyarakatan ianya oleh dikaitkan dengan e-komuniti. Dalam pembangunan lestari yang inginkan masyarakat mempunyai ramai kenalan supaya boleh saling bergantung dalam pencapaian ekonomi, e-komuniti dapat membantu dari aspek tersebut kerana dengan adanya e-komuniti, masyarakat mampu untuk mendapatkan kenalan yang lebih ramai daripada setiap pelusuk di dunia tanpa batasan. Hal ini dapat membantu masyarakat dalam pembangunan lestari kerana bermasyarakat dalam e-kominiti boleh menjalankan pelbagai aktiviti contohnya menjalankan perniagan secara meluas melalui pengiklanan dan penghantaran. Dalam e-komuniti juga, masyarakat boleh berkongsi teknologi dan mengetahui tahap pencapaian teknologi daripada pelbagai kawasan seperti di negara lain sekali gus menjadi sumber motivasi kepada masyarakat dalam meningkatkan tahap pencapaian teknologi di kawasan sendiri. Namun harus diingat bahawa e-komuniti bukan sahaja memberi kesan yang baik kepada kesan terhadap pembangunan lestari. Jika e-komuniti tidak dikawal secara langsung akan membantutkan pembangunan lestari. Sebagai contoh, jika dalam aspek sosial, masyarakat terpengaruh dengan budaya luar yang bukan ciptaan sendiri akan menyebabkan kejutan budaya dan sering meniru budaya daripada masyarakat lain. Hal ini akan menyebabkan keruntuhan budaya dalam masyarakat tersebut. Jadi, perkaitan antara e-komuniti dengan pembangunan lestari mempunyai kesan yang baik dan juga buruk. Ianya bergantung kepada sesuatu masyarakat dan pengawalan daripada pihak yang bertanggungjawab terhadap pembangunan masyarakat dalam memberi impak kepada pembangunan lestari.

9.0 Cadangan Pembelajaran Online Yang Lebih Berkesan dan Menarik

Kini, pelajar lebih berminat untuk belajar secara online daripada pergi ke kelas setiap hari kerana ada yang berpendapat bahawa pergi ke kelas membazirkan masa dan juga tenaga tetapi mereka tidak mendapat apa-apa input. Apa yang mereka dapat hanyalah penat dari segi fizikal dan juga mental kerana penat menunggu bas yang kini lambat jadual perjalanannya. Oleh yang demikian, mereka lebih menjuruskan diri ke arah pembelajaran secara online sahaja. Jadi, disini terdapat beberapa cadangan mengenai pembelajaran secara online agar ia menjadi lebih berkesan dan menarik kepada para pelajar ini. Bagi pelajar yang sememangnya berminat dalam pembelajaran secara online ini, kita perlu gusar akan kesan dan impaknya. Namun bagi pelajar yang tidak berminat, terdapat beberapa cara untuk kita menarik minat mereka agar mendekati alternatif yang bakal digunakan ini. Untuk menarik minat pelajar agar lebih mendalami dan meminati belajar secara online ini adalah dengan meletakkan LMS ini sebagai satu platform yang harus dan mewajibkan kepada semua pelajar agar mendaftarkan diri mereka ke arah ‘pembelajaran secara maya’. Segala perbincangan dan juga nota akan dimasukkan ke dalam LMS ini. LMS ini juga boleh kita jadikan sebagai satu tempat yang dapat diguna pakai untuk semua jenis perkara seperti emel, mempunyai biodata sendiri, dan dapat berinteraksi dengan semua pelajar dalam kelas walaupun dalam keadaan online. Ini dapat menarik minat pelajar untuk menggunakan kaedah ini secara lebih maju dan berkesan. Walaupun penggunaan LMS kini hanyalah sekadar untuk tujuan akademik, namun jika kita dapat mengubahnya menjadi lebih baik pasti kita akan tertarik untuk menggunakan kaedah tersebut. Oleh yang demikian, LMS ini perlu dipertingkatkan lagi dan dibaikpulih agar menjadi lebih menarik.

10.0 Kesimpulan

Tema perbincangan kami adalah berkenaan tentang penglibatan pelajar UPM dan ahli kumpulan terhadap sistem LMS dan juga sejauh mana komitmen yang mereka berikan. Menerusi tema yang telah dibincangkan kami mendapati bahawa LMS merupakan satu sistem yang sangat bagus dan menarik perhatian. Hal ini kerana ia memudahkan pelajar untuk berkomunikasi diantara pelajar yang lain tanpa memerlukan mereka berjumpa secara bersemuka. Akan tetapi, sistem yang dilancarkan adalah terlalu “strict” kerana tiada keseronokan ataupun sesuatu yang menarik yang diperolehi oleh pelajar sekiranya hanya menggunakan medium forum untuk berbincang. Pelajar lebih cendorong untuk menggunakan LMS untuk memuat-turun nota sahaja berbanding menggunkannya untuk perbincangan. Perkaitan antara keseronokan dengan perbincangan didalam forum adalah sangat perlu kepada pelajar bagi mendorong pelajar supaya kerap menggunakan LMS ini. Oleh yang demikian, sistem LMS ini adalah amat perlu untuk dinaiktaraf sebagai satu medium yang lebih komprehensif. Disamping dapat berbincang antara ahli kumpulan atau pelajar lain, pelajar juga seharusnya dapat menikmati keseronokan menerusi LMS sebagai contoh bermain simple game, link ke sosial web, link ke email masing bagi memudahkan memuat-naik assignment, berbual secara langsung seperti sistem “YM” dan sebagainya. Selain daripada itu, linkungan “wireless” didalam kampus UPM sendiri perlu dinaiktaraf sebagai cara untuk mengurangkan kekangan pelajar bagi mendapatkan khidmat sistem LMS sebagai satu medium tempat belajar selain daripada didalam kelas.

Monday, October 12, 2009

apa yang anda tahu tentang LMS?

apakah LMS?

apakah LMS?



beberapa orang pelajar UPM telah ditanya secara rawak tentang pandangan mereka terhadap Putra LMS..dari apa yang telah diperoleh, didapati bahawa masih ramai lagi warga UPM yang masih belum menggunakan putra LMS sebagai medium perbincangan antara kumpulan seperti yang dilakukan oleh kumpulan kita dan masih ada juga yang tidak tahu berkenaan Putra LMS.

perbincangan kumpulan




Perbincangn antara ahli kumpulan cs13 putra lms bertempat di cafe KTDI. Kerjasama ahli kumpulan amat diberi penekanan.